Isnin, 8 Julai 2013

Senyum simpul pelajar saya!! yeayy!!

Irfan yang comel!


"Cikgu, pensel Irfan patahla", ada-ada je Irfan ni....aduhaiii...

Kembali rajin..'Camnila...hikhik'


Nazirah yang khusyuk dan tekun...Good Luck my girl!

Naqim: "Saya malula cikgu tangkap gambar" (tapi dalam hati:tangkaplah lagi)


Naqim yang kuat menyembang tapi semalam(7/7/2013) dia agresif sikit buat latihan..bagus2


Sufi: student baru, baru 3minggu..mula2 xsangka dia darjah 2..tapi otaknya agak pintar juga..Alhamdulillah...
*Setakat ni inilah sahaja gambar yang saya upload..ada 5orang student lagi yang saya tak sempat nak snap pic nya..*
*Saya happy mengajar tuisyen walaupun kadangkala pening dengan kerenah student yang macam-macam..Family saya pun suka, almaklumlah rumah kami tiada budak kecil jadi bila student datang meriahlah sikitkan...(tapi kalau buat bising sangat memang abah saya marah...aduhaiiiii  xdapatla nk tlg bile bos besar mara)


*Irfan, student kesayangan abah*juga saya walaupun saya selalu mara die, geram kadang2*Sorry Irfan, cikgu minta maaf ye*hikhik
Good Luck for all my student for your future undertaking!!
Cikgu Lina&Linda
LinaBestaryTuisyen







Sabtu, 27 April 2013

'LAMBAT PANAS'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagaimana anda hari ini? sihatkah? Harap-harap sihatlah hendaknya.
Saya ada beberapa pelajar saya yang masih 'tidak tahu membaca'. Sebenarnya tiada yang tidak normal jika anak-anak berumur 6-8tahun tidak fasih membaca Bahasa Melayu @ Bahasa Inggeris. Ia adalah biasa dikalangan pelajar yang 'lambat panas'.. tapi percayalah dengan galakan yang sokongan juga tunjukkan dari ibu bapa dan guru pelajar tersebut akan dapat mempelajari sedikit demi sedikit. Parents, don't give please!

Bagi pelajar yang 'lambat panas' ini saya suke mengajar satu persatu perkataan, kadangkala ia berulang-ulang mungkin pelajar cepat jemu jika terus menerus belajar. bergantung kepada mood pelajar, bagi pelajar yang suke bermain, saya akan bagi rehat 1-2 minit selepas selesai menyiapkan 1mukasurat. Perlu untuk ibu bapa tau yang kanak-kanak berumur 6-10 tahun tidak akan boleh terus belajar tanpa rehat selama 1 jam. Oleh yang demikian, suka saya nyatakan yang kebanyakkan kelas saya hanya 1 jam bagi setiap pelajar untuk 1 subjek.

Ada juga pelajar yang mengambil 2-3 subjek sekali gus tapi perlu rehat beberapa minit sebelum memulakan subjek lain. Namun segala-galanya bergantung kepada pelajar, subjek dan masa yang diperuntukkan..

*saya membuka kepada group tuition untuk primary school subjek BM, BI, MATH, SCIENCE untuk hari sabtu dan ahad sahaja. Hubungi saya segera, tempat adalah terhad.

LinaBestaryTuisyen
012-7875481
bestarytuisyen.blogspot.com
bestarytuisyen11@gmail.com

Ahad, 7 April 2013

MUSIM TUISYEN

Dewasa ini semakin ramai ibu bapa yang menelefon saya untuk meminta diadakan perjumpaan untuk perbincangan. Walaupun selalunya mereka akan sesat untuk pertama kali ke rumah saya tapi saya terharu kerana kebanyakkan ibu bapa tidak kisah bersusah payah untuk pembelajaran anak-anak mereka.. Mungkin kini telah masuk 'musim tuisyen' kerana sepanjang pengalaman saya ibu bapa biasanya akan menghantar anak-anak mereka tuisyen dari bulan mac hingga oktober. Namun ada juga ibu bapa yang terus menerus menghantar anak mereka tuisyen hingga ke akhir tahun. 

Setakat ini jadual saya agak penuh. dan saya mungkin tidak akan menerima pelajar baru lagi. Namun kelas bahasa inggeris untuk hari sabtu dan ahad masih dibuka jika ia sepadan dengan jadual Cikgu Linda untuk seorang dua sahaja..Terima kasih kepada ibu bapa yang mempercayai kami..

Salam 'study' dari kami
LinaBestaryTuisyen

Ahad, 24 Mac 2013

ANJAKAN PARADIGMA

Assalamualaikum dan salam hujung minggu...

Buat apa tu?hehehe...
Happy sangat sebab one of my student dapat B dalam mathematic yang saya ajar. (alahai B je pun, maybe ada orang kata macam ini). Saya happy sebab sebelum ini dia selalu dapat D atau C sahaja. Walaupun ini hanya ujian bulanan tapi ia sudah cukup memberi pemangkin bagi kami untuk terus berusaha mencurahkan ilmu. Dan peningkatan yang paling membanggakan ialah untuk English dia juga memperolehi B juga markah tertinggi dalam kelasnya yang sebelum ini dia hanya gagal sahaja.

Walaupun mungkin pada lahiriah ini adalah biasa bagi sesetengah orang tapi bagi pelajar seperti ini ia seumpama lonjakan paradigma yang hebat meletus dalam hati dan kotak fikirannya , meresap ke sanubari dan memantulkan pancaran keyakinan diri yang lebih tinggi juga semangat berkobar-kobar untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Tahniah Nazirah!

We are really proud of you

Best wishes,
Kak Lina&Linda
Lina Bestary Tuisyen
012-7875481

Khamis, 21 Mac 2013

SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM ESOK!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti tajuk di atas, saya mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar-pelajar (eh! bekas pelajar ) yang telah bertungkus lumus mengambil peperiksaan SPM pada tahun lepas. Terutamanya pelajar saya, Kirtini dan adik bongsu saya yang malam ini sedang tengok wayang kerana nak menghilangkan gemuruh. (kelakar kan) banyak benda lain boleh buat, hehee. Adik bongsu saya ni aliran vokasional Amalam Bengkel Mesin(ABM) di Sekolah Teknik Ampuan Afzan, Bentong, Pahang. Saya offer dia untuk hantar sampai ke sekolah, tapi dia taknak katanye, risau sangatla tu...hehee

Apa-apa pun, good luck untuk semuanya. Apa-apa pun keputusan yang anda dapat, jangan terlalu riak jika ia cemerlang @ terlalu moral down jika ia terlalu teruk, jangan lakukan perkara yang tidak baik. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah dengan diri dan SPM bukanlah penamat hidup.

Buat adik-adik yang masih belajar, berusaha sungguh-sungguh ye..
dan buat pelajar-pelajar saya yang semuanye genit-genit, Nazirah, Bathisyia, Darwish dan Danish, usaha rajin-rajin ye..jangan leka...

Salam perkongsian ilmu dari saya dan Linda (Adik saya merangkap cikgu English Bestary Tuisyen)

Lina Bestary Tuisyen

Selasa, 19 Jun 2012

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU SPM 2012

Salah seorang pelajar saya akan menduduki ujian lisan SPM pada hari esok, berikut adalah panduan yang dapat saya berikan kepadanya. Harapan saya agar pelajar tersebut dapat menjawap dengan lancar dan tenang..


ASPEK-ASPEK TUMPUAN
1. Pertuturan yang difahami, tersusun dan lancar.
2. Pemahaman terhadap soalan seperti boleh memberikan jawapan yang betul, tepat dan menyakinkan.
3. Bahasa baku yang betul, tepat dan gramatis.
4. Intonasi yang bersesuaian.

GANGGUAN PERTUTURAN
1. Pertuturan yang tidak lancar.
2. Penggunaan bahasa pasar, dialek daerah dan slanga.
3. Gangguan bunyi yang kerap seperti "errrr!", berdeham dan sebagainya.
4. Tidak menjawab apa yang ditanya.
5. Gangguan pergerakan tangan, kepala atau mata yang keterlaluan.

TAJUK-TAJUK LISAN
1. Sebanyak 70 tajuk telah disediakan untuk diuji kepada para pelajar.(tidak termasuk soalan-soalan berkaitan KOMSAS yang mula ditanya pada 2001)
2. Setiap tajuk mengandungi 3 skop yang biasanya meliputi: konsep, jenis, ciri-ciri, kebaikan dan keburukan, punca, kesan positif dan negatif, masalah, usaha mengatasi, fungsi, cara, suasana, sikap masyarakat, perkembangan dan sebagainya.
3. Walau bagaimanapun, soalan lisan sebenar berasaskan pernyataan yang dikemukakan.
4. Beberapa soalan tambahan juga dikemukakan bergantung kepada sama ada jawapan yang diberikan menepati kehendak atau terpesong.
5. Soalan tambahan biasanya bersifat "membimbing" pelajar ke arah jawapan yang lebih konkrit.

PERSEDIAAN AWAL
1. Anda pasti sudah mempunyai senarai 70 tajuk lisan sejak tingkatan 4 lagi atau sekurang-kurangnya mengetahui mengenainya.
2. Jika belum, baik anda bertindak cepat mendapatkan tajuk-tajuk itu yang boleh diperolehi daripada guru-guru Bahasa Melayu anda.
3. Beberapa buah buku rujukan juga menyediakan tajuk-tajuk berkenaan beserta huraian isi mengikut tafsiran pengarangnya.
4. Walaupun begitu, anda tidak boleh terikat dengan huraian isi daripada buku-buku itu kerana isi-isi yang mempunyai maklumat terkini lebih penting diketahui.
5. Teliti semua tajuk dan tandakan mana-mana tajuk yang sukar difahami atau isinya amat sedikit anda ketahui.
6. Dapatkan maklumat yang diperlukan itu menerusi bahan-bahan bacaan seperti akhbar dan majalah.
7. Oleh sebab anda sudah biasa dengan Internet, dapatkan juga bahan menerusinya.

LATIHAN BERKUMPULAN
1. Saya percaya anda sudah pun mempunyai kumpulan perbincangan sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM baik untuk mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain.
2. Gunakan kumpulan ini untuk berbincang secara berkesan bagi menjawab soalan-soalan lisan nanti.
3. Caranya:
o Setiap ahli kumpulan diminta menyediakan isi untuk tajuk-tajuk tertentu. Oleh sebab masa sudah suntuk, beri tumpuan kepada tajuk-tajuk yang sukar difahami atau yang belum dikuasai.
o Beri masa untuk setiap ahli mencari isi dan membuat persediaan.
o Pada hari dan waktu yang ditetapkan, ahli-ahli kumpulan dikehendaki membentangkan tajuk yang diberi dengan cara bercakap selama sekurang-kurangnya 5 minit.
o Ahli lain mendengar sambil mencatat.
o Ahli lain juga boleh bertanya jika terdapat isi yang dinyatakan tidak jelas atau meragukan.
o Teguran dari segi isi dan cara penyampaian juga boleh diberi asalkan teguran berbentuk membina.
4. Rasionalnya, cara ini membina keyakinan diri untuk bercakap di depan orang lain.
5. Anda juga pasti menyediakan diri dengan tajuk yang diberi kerana orang lain akan mengemukakan soalan untuk dijawab.

PERSEDIAAN PADA HARI UJIAN LISAN
1. Pastikan tarikh, hari dan waktu sesi ujian yang tepat untuk anda kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan anda tidak dapat menduduki ujian itu. Walaupun ada kelonggaran untuk membolehkan calon diuji pada hari lain, kelonggaran ini tidak bermakna anda boleh bersikap sambil lewa.
2. Jika anda sakit, maklumkan kepada pihak sekolah seberapa segera untuk membolehkan ujian di hospital dijalankan. Sijil Sakit perlu dikemukakan.
3. Apabila anda datang, hendaklah berpakaian kemas dan sudah makan kerana anda tidak dibenarkan lagi keluar setelah berada di Bilik Menunggu.
4. Kad Pengenalan adalah dokumen penting yang perlu dibawa.
5. Calon sesi pertama (8.00 pagi) akan diberi taklimat ringkas oleh pemeriksa lisan dan sampul set soalan untuk hari berkenaan akan dibuka di depan anda.
6. Guru penjaga masa akan memanggil anda untuk menyemak Kad Pengenalan dan anda dikehendaki menandatangani Borang Semakan.
7. Apabila loceng dibunyikan dari dalam Bilik Ujian Lisan, anda perlu masuk dengan segera.
8. Berikan ucapan selamat kepada kedua-dua guru Pemeriksa Lisan.
9. Serahkan Kad Pengenalan kepada salah seorang guru berkenaan dan anda boleh duduk apabila diminta berbuat demikian.
10. Walaupun tiada pembahagian khusus, ujian lisan kelihatan terbahagi kepada tiga bahagian:

o Soalan peribadi:
Nama, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya.
Soalan-soalan ini sekadar untuk mengetahui latar belakang anda dan menenangkan anda untuk menghadapi soalan seterusnya.
Jawablah dengan tenang, suara yang jelas dan ayat lengkap dalam bahasa baku.
Jangan terperanjat jika Pemeriksa Lisan kadang-kala bergurau dengan anda sekadar untuk mewujudkan kemesraan.

o Soalan lisan utama:
Satu pernyataan tentang mana-mana tajuk daripada 70 tajuk yang telah dipelajari akan ditanya mengikut set soalan yang telah ditentukan. Anda tidak boleh meminta untuk menukar tajuk atau meminta diulang soalan.
Dengar dengan teliti dan jawab dengan penuh yakin dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
Pemeriksa biasanya akan hanya mendengar jawapan anda tanpa gangguan jika anda boleh bercakap dengan lancar dan mengemukakan isi-isi yang dikehendaki secara tepat, bernas dan menyakinkan.
Ingat, setiap isi hendaklah disertai huraian, contoh dan pendapat yang diolah dengan bahasa yang betul dan gramatis.
o Soalan Tambahan:
Soalan tambahan (Lihat contoh di atas) akan diberi dalam dua keadaan, iaitu huraian anda kurang lengkap atau keadaan kedua, isi dan huraian anda bercanggah.
Jawablah dengan tenang tanpa kehilangan punca walaupun mungkin jawapan anda sebelumnya sudah bercanggah. Beri alasan yang munasabah terhadap semua jawapan itu.
11. Setelah berpuas hati dengan jawapan anda atau mungkin anda sudah tidak boleh ditolong lagi kerana terlalu lemah, pemeriksa akan menamatkan sesi ujian dan membenarkan anda keluar.
12. Setelah anda keluar, kedua-dua pemeriksa akan berbincang tentang markah yang sesuai diberikan kepada anda dan mencatatnya ke dalam borang markah.
13. Markah untuk anda ialah 0 - 40. Walaupun begitu, dalam Sijil SPM anda nanti, ia hanya dicatat LULUS atau GAGAL sahaja.
14. Nasihat saya, walaupun sesi ujian ini hanya beberapa minit tetapi kesannya amat besar kepada pencapaian SPM anda nanti.
15. Selamat menghadapi ujian lisan.

PERUBAHAN DALAM UJIAN LISAN MULAI  TAHUN 2000
1. Secara umum tiada perubahan yang ketara kecuali cara penilaian yang dibuat oleh Guru Pemeriksa Lisan kerana pada tahun ini pemarkahan dibuat mengikut kriteria berikut:
o Kefasihan       - 10 markah
o Sebutan          - 10 markah
o Tatabahasa     - 10 markah
o Isi                   - 10 markah.
2. Markah penuh masih 40 markah cuma ada tambahan pembahagian yang khusus, bukan lagi secara umum.
3. Dengan itu pemerhatian pemeriksa lisan lebih teliti kerana mereka perlu memberikan markah mengikut kriteria di atas.
4. Walaupun begitu, hal ini tidak sepatutnya mengganggu tumpuan anda kerana tugas anda sememangnya menjawab mengikut syarat-syarat berkenaan dari awal lagi.
5. Sebaik mungkin dalam masa sehari dua menjelang ujian ini, bertanyalah kepada guru Bahasa Melayu anda dan guru Setiausaha Peperiksaan Sekolah tentang perkembangan-perkembangan terakhir.

APAKAH KESANNYA JIKA GAGAL?
Jika pada tahun-tahun sebelum ini, gagal ujian lisan hanya dicatat GAGAL sahaja di dalam slip dan sijil, tetapi pada tahun ini, tahun pertama Sijil Terbuka diperkenalkan, perubahan ketara telah wujud.
Saya difahamkan ujian lisan pada tahun ini amat penting kerana jika anda gagal, bermakna juga anda gagal kertas bertulis Bahasa Melayu.
Apabila anda gagal kertas bertulis, sudah tentulah anda gagal SPM keseluruhannya kerana syarat pemberian sijil terbuka SPM memerlukan kelulusan mata pelajaran ini.

*JANGAN TERLUPA UNTUK MEMBACA KOMSAS. BACA ISI PENTING SETIAP TAJUK*
*SEMOGA BERJAYA*

Selasa, 12 Jun 2012

Banner telah digantung


Assalamualaikum.....
Hi!!
Banner BESTARY TUISYEN telah digantung di hadapan Surau Apartment Taman Medan(lupe name surau, nnt update balik) dan dihadapan Sekolah Kebangsaan Taman Medan. Ini sekolah saya dahulu. kedua-dua lokasi ini memang dekat dengan rumah saya. Dan satu lagi banner saya telah gantung dihadapan rumah saya.. saya berharap usaha ini berbaloi..insyaAllah