Selasa, 19 Jun 2012

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU SPM 2012

Salah seorang pelajar saya akan menduduki ujian lisan SPM pada hari esok, berikut adalah panduan yang dapat saya berikan kepadanya. Harapan saya agar pelajar tersebut dapat menjawap dengan lancar dan tenang..


ASPEK-ASPEK TUMPUAN
1. Pertuturan yang difahami, tersusun dan lancar.
2. Pemahaman terhadap soalan seperti boleh memberikan jawapan yang betul, tepat dan menyakinkan.
3. Bahasa baku yang betul, tepat dan gramatis.
4. Intonasi yang bersesuaian.

GANGGUAN PERTUTURAN
1. Pertuturan yang tidak lancar.
2. Penggunaan bahasa pasar, dialek daerah dan slanga.
3. Gangguan bunyi yang kerap seperti "errrr!", berdeham dan sebagainya.
4. Tidak menjawab apa yang ditanya.
5. Gangguan pergerakan tangan, kepala atau mata yang keterlaluan.

TAJUK-TAJUK LISAN
1. Sebanyak 70 tajuk telah disediakan untuk diuji kepada para pelajar.(tidak termasuk soalan-soalan berkaitan KOMSAS yang mula ditanya pada 2001)
2. Setiap tajuk mengandungi 3 skop yang biasanya meliputi: konsep, jenis, ciri-ciri, kebaikan dan keburukan, punca, kesan positif dan negatif, masalah, usaha mengatasi, fungsi, cara, suasana, sikap masyarakat, perkembangan dan sebagainya.
3. Walau bagaimanapun, soalan lisan sebenar berasaskan pernyataan yang dikemukakan.
4. Beberapa soalan tambahan juga dikemukakan bergantung kepada sama ada jawapan yang diberikan menepati kehendak atau terpesong.
5. Soalan tambahan biasanya bersifat "membimbing" pelajar ke arah jawapan yang lebih konkrit.

PERSEDIAAN AWAL
1. Anda pasti sudah mempunyai senarai 70 tajuk lisan sejak tingkatan 4 lagi atau sekurang-kurangnya mengetahui mengenainya.
2. Jika belum, baik anda bertindak cepat mendapatkan tajuk-tajuk itu yang boleh diperolehi daripada guru-guru Bahasa Melayu anda.
3. Beberapa buah buku rujukan juga menyediakan tajuk-tajuk berkenaan beserta huraian isi mengikut tafsiran pengarangnya.
4. Walaupun begitu, anda tidak boleh terikat dengan huraian isi daripada buku-buku itu kerana isi-isi yang mempunyai maklumat terkini lebih penting diketahui.
5. Teliti semua tajuk dan tandakan mana-mana tajuk yang sukar difahami atau isinya amat sedikit anda ketahui.
6. Dapatkan maklumat yang diperlukan itu menerusi bahan-bahan bacaan seperti akhbar dan majalah.
7. Oleh sebab anda sudah biasa dengan Internet, dapatkan juga bahan menerusinya.

LATIHAN BERKUMPULAN
1. Saya percaya anda sudah pun mempunyai kumpulan perbincangan sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM baik untuk mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain.
2. Gunakan kumpulan ini untuk berbincang secara berkesan bagi menjawab soalan-soalan lisan nanti.
3. Caranya:
o Setiap ahli kumpulan diminta menyediakan isi untuk tajuk-tajuk tertentu. Oleh sebab masa sudah suntuk, beri tumpuan kepada tajuk-tajuk yang sukar difahami atau yang belum dikuasai.
o Beri masa untuk setiap ahli mencari isi dan membuat persediaan.
o Pada hari dan waktu yang ditetapkan, ahli-ahli kumpulan dikehendaki membentangkan tajuk yang diberi dengan cara bercakap selama sekurang-kurangnya 5 minit.
o Ahli lain mendengar sambil mencatat.
o Ahli lain juga boleh bertanya jika terdapat isi yang dinyatakan tidak jelas atau meragukan.
o Teguran dari segi isi dan cara penyampaian juga boleh diberi asalkan teguran berbentuk membina.
4. Rasionalnya, cara ini membina keyakinan diri untuk bercakap di depan orang lain.
5. Anda juga pasti menyediakan diri dengan tajuk yang diberi kerana orang lain akan mengemukakan soalan untuk dijawab.

PERSEDIAAN PADA HARI UJIAN LISAN
1. Pastikan tarikh, hari dan waktu sesi ujian yang tepat untuk anda kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan anda tidak dapat menduduki ujian itu. Walaupun ada kelonggaran untuk membolehkan calon diuji pada hari lain, kelonggaran ini tidak bermakna anda boleh bersikap sambil lewa.
2. Jika anda sakit, maklumkan kepada pihak sekolah seberapa segera untuk membolehkan ujian di hospital dijalankan. Sijil Sakit perlu dikemukakan.
3. Apabila anda datang, hendaklah berpakaian kemas dan sudah makan kerana anda tidak dibenarkan lagi keluar setelah berada di Bilik Menunggu.
4. Kad Pengenalan adalah dokumen penting yang perlu dibawa.
5. Calon sesi pertama (8.00 pagi) akan diberi taklimat ringkas oleh pemeriksa lisan dan sampul set soalan untuk hari berkenaan akan dibuka di depan anda.
6. Guru penjaga masa akan memanggil anda untuk menyemak Kad Pengenalan dan anda dikehendaki menandatangani Borang Semakan.
7. Apabila loceng dibunyikan dari dalam Bilik Ujian Lisan, anda perlu masuk dengan segera.
8. Berikan ucapan selamat kepada kedua-dua guru Pemeriksa Lisan.
9. Serahkan Kad Pengenalan kepada salah seorang guru berkenaan dan anda boleh duduk apabila diminta berbuat demikian.
10. Walaupun tiada pembahagian khusus, ujian lisan kelihatan terbahagi kepada tiga bahagian:

o Soalan peribadi:
Nama, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya.
Soalan-soalan ini sekadar untuk mengetahui latar belakang anda dan menenangkan anda untuk menghadapi soalan seterusnya.
Jawablah dengan tenang, suara yang jelas dan ayat lengkap dalam bahasa baku.
Jangan terperanjat jika Pemeriksa Lisan kadang-kala bergurau dengan anda sekadar untuk mewujudkan kemesraan.

o Soalan lisan utama:
Satu pernyataan tentang mana-mana tajuk daripada 70 tajuk yang telah dipelajari akan ditanya mengikut set soalan yang telah ditentukan. Anda tidak boleh meminta untuk menukar tajuk atau meminta diulang soalan.
Dengar dengan teliti dan jawab dengan penuh yakin dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
Pemeriksa biasanya akan hanya mendengar jawapan anda tanpa gangguan jika anda boleh bercakap dengan lancar dan mengemukakan isi-isi yang dikehendaki secara tepat, bernas dan menyakinkan.
Ingat, setiap isi hendaklah disertai huraian, contoh dan pendapat yang diolah dengan bahasa yang betul dan gramatis.
o Soalan Tambahan:
Soalan tambahan (Lihat contoh di atas) akan diberi dalam dua keadaan, iaitu huraian anda kurang lengkap atau keadaan kedua, isi dan huraian anda bercanggah.
Jawablah dengan tenang tanpa kehilangan punca walaupun mungkin jawapan anda sebelumnya sudah bercanggah. Beri alasan yang munasabah terhadap semua jawapan itu.
11. Setelah berpuas hati dengan jawapan anda atau mungkin anda sudah tidak boleh ditolong lagi kerana terlalu lemah, pemeriksa akan menamatkan sesi ujian dan membenarkan anda keluar.
12. Setelah anda keluar, kedua-dua pemeriksa akan berbincang tentang markah yang sesuai diberikan kepada anda dan mencatatnya ke dalam borang markah.
13. Markah untuk anda ialah 0 - 40. Walaupun begitu, dalam Sijil SPM anda nanti, ia hanya dicatat LULUS atau GAGAL sahaja.
14. Nasihat saya, walaupun sesi ujian ini hanya beberapa minit tetapi kesannya amat besar kepada pencapaian SPM anda nanti.
15. Selamat menghadapi ujian lisan.

PERUBAHAN DALAM UJIAN LISAN MULAI  TAHUN 2000
1. Secara umum tiada perubahan yang ketara kecuali cara penilaian yang dibuat oleh Guru Pemeriksa Lisan kerana pada tahun ini pemarkahan dibuat mengikut kriteria berikut:
o Kefasihan       - 10 markah
o Sebutan          - 10 markah
o Tatabahasa     - 10 markah
o Isi                   - 10 markah.
2. Markah penuh masih 40 markah cuma ada tambahan pembahagian yang khusus, bukan lagi secara umum.
3. Dengan itu pemerhatian pemeriksa lisan lebih teliti kerana mereka perlu memberikan markah mengikut kriteria di atas.
4. Walaupun begitu, hal ini tidak sepatutnya mengganggu tumpuan anda kerana tugas anda sememangnya menjawab mengikut syarat-syarat berkenaan dari awal lagi.
5. Sebaik mungkin dalam masa sehari dua menjelang ujian ini, bertanyalah kepada guru Bahasa Melayu anda dan guru Setiausaha Peperiksaan Sekolah tentang perkembangan-perkembangan terakhir.

APAKAH KESANNYA JIKA GAGAL?
Jika pada tahun-tahun sebelum ini, gagal ujian lisan hanya dicatat GAGAL sahaja di dalam slip dan sijil, tetapi pada tahun ini, tahun pertama Sijil Terbuka diperkenalkan, perubahan ketara telah wujud.
Saya difahamkan ujian lisan pada tahun ini amat penting kerana jika anda gagal, bermakna juga anda gagal kertas bertulis Bahasa Melayu.
Apabila anda gagal kertas bertulis, sudah tentulah anda gagal SPM keseluruhannya kerana syarat pemberian sijil terbuka SPM memerlukan kelulusan mata pelajaran ini.

*JANGAN TERLUPA UNTUK MEMBACA KOMSAS. BACA ISI PENTING SETIAP TAJUK*
*SEMOGA BERJAYA*

32 ulasan:

  1. Contoh 70 tajuk yang mungkin ditanya dalam ujian lisan Bahasa Melayu.. klik link berikut:
    http://www.scribd.com/doc/38403273/Senarai-Tajuk-Ujian-Lisan-Berasaskan-Sekolah

    BalasPadam
  2. saya akan menhadapi ujian lisan BM esok..
    saya antara calon pensendirian...
    gementar gemuruh menyelubungi diri...
    dulu gagal sebab leka dengan kehidupan harian..
    skarang baru menyesal...apa2 pun esok saya tawakal kepada Allah s.w.t....

    BalasPadam
  3. saya diantara calon pensendirian.
    esok hari mula menjawap ujian lisan BM.
    rasa gementar gemuruh menyelubungi diri..
    entah apa keadaannya esok...

    BalasPadam
  4. maaf saya lambat update..saya amat berharap anda akan dapat keputusan yang baik..usaha yang tidak henti2 akan membuahkan kejayaan..good luck ye..

    BalasPadam
  5. Saya ingin tahu apa gred yang dapat dalam ulbs .ulbs ada tulis apa dalam sijil?
    adakah ulbs affect spm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera

      maaf kerana lambat membalas email anda. Keputusan ujian lisan Bahasa Malaysia adalah sama ada LULUS atau GAGAL sahaja. Benar, ia akan beri kesan kepada resul SPM anda, Jika anda gagal Ujian Lisan, secara automatiknya anda gagal subjek Bahasa Malaysia. Dan apabila gagal Bahasa Malaysia, anda akan diiktiraf sebagai gagal spm.. Jadi berusahalah.. :)

      Padam
  6. Salam..sy ialah calon persendirian pd tahun 2013 ini..
    dlu sy alpa dan lalai dgn semua tu.skrg sy sdar sjil spm niy pnting..
    Sy nak tanya., tajuk ujian lisan ni contoh nya yg mcm mna ye. Dan ujian ni perlu di ambil dimana. Adakah guru ditempat sy bakal ambil spm ni nnt atau pngawas peperiksaan atau siapa yg akn menilai sy ?? Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Fiera,
      Tajuk ujian lisan akan diberikan oleh sekolah tempat anda akan mengambil ujian tersebut beberapa bulan sebelum tarikh ujian lisan. anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan sekolah berkenaan akan hal ini. Kebiasaanya pengawas ujian lisan adalah bukan guru dari sekolah terbabit. namun kadangkala ada kes yang guru di sekolah tersebut terlibat sama.

      Padam
  7. Ya. Kawan saya juga akan menduduki peperiksaan SPM tahunini. Dia telah meninggal sekolah Lebih drpd 10 thn. Format sekarang sudah berubah. Sekarang sangat binggung kerana tidak tahu peperiksaan lisan untuk calon persendirian adalah macam mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera,

      adalah lebih baik kawan tersebut pergi bertanya dengan lebih lanjut dengan guru atau pihak pengurusan di sekolah terbabit. format berubah sedikit-sedikit berbanding 10tahun lalu. saya juga adalah calon spm 10 tahun yang lalu. namun saya suka nasihatkan kawan anda itu membeli buku rujukan bahasa Malaysia yang ada ulasan mengenai ujian lisan Bahasa Malaysia. Semoga berjaya ya!

      Padam
  8. salam saya papau saya calon persendirian spm tahun ini. ujian lisan ni akan di duduki jun ini...
    saya nie dah 11 tahun tinggalkan sekolah. saya sudah daftar untuk spm ini di selayang. ujian lisan ada berapa mata pelajaran yer...

    BalasPadam
  9. Waalaikumsalam Papau, ujian lisan ini hanya untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Iggeris sahaja. Selain dari itu, tiada setakat ini. Jika ada hanya PAFA bagi mata pelajaran Agama Islam.. Diharap agar Papau dapat mengulangkaji dengan lebih tekun dan sentiasa mengetahui perkembangan semasa. Nasihat saya juga, jika anda adalah calon persendirian atau sudah lama meninggalkan alam persekolahan, sila beli buku koleksi peperiksaan sebenar dan buat latihan yang banyak agar anda membiasakan diri dengan soalan sebegitu. Good luck ya!

    BalasPadam
  10. salam cikgu..julai dpn adlh tarikh ujian lisan sy...jd sy ingin bertye persediaan bgaimanakh yg harus sy lakukan kerana sy adlh calon persendirian spm tok tahun ini.sy jg sdh lme meninggalkn skolh...harap ckgu dpt mnjwb soalan sy dan dpt emailkn kpd sy mdmbaizura@ymail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam baizura..suka saya nasihatkan kepada calon persendirian agar pergi bertanya ke pejabat sekolah yang anda akan jalani ujian lisan disana tentang soalan2 yang akan dikemukakan..setiap tahun mungkin ada perubahan. selain itu, ikutilah perkembangan semasa dan baca semula nota saya di atas agar lebih faham dan jelas.harap dapat membantu.. :)

      Padam
  11. Esok sy ambil lisan spmu.ari ni br sy tgk mcm mana hadapi lisan.thanks..coz memberi tip hadapi lisan.

    BalasPadam
  12. Esok sy ambil lisan spmu.ari ni br sy tgk mcm mana hadapi lisan.thanks..coz memberi tip hadapi lisan.

    BalasPadam
  13. Asalamualaikum saya adlah calon persendirian esok sya nk amk lisan saya nk tnya slalu nya ujian lisan nie ada tjuk tsendiri atau berdasarkan novel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..maaf terlewat nak jawap..Good luck ya!

      Padam
  14. bolehkah cikgu email full version 70 tajuk kepada email saya . kuatkapeng@hotmail.com kerana scribd hanya paparkan muka surat 1 sahaja . terima kasih banyak

    BalasPadam
  15. sy nak ambil exam prsndirian next year.nak tnya soalan bm lisan bertulis baru2 ni.tq

    BalasPadam
  16. salam.... nk tnye skit, mcm mne ujian lisan bahase iggeris?
    sme mcm bm kea care jwb die? pening da pale, cari kt intenet smue kluar bhase melayu jeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..setakat ini saya cuma fokus untuk bahasa Melayu sahaja. jika ada yang Bahasa Inggeris saya akan upload.tq

      Padam
  17. salam...saya nk tnya skit ,semasa menjalankan ujian lisan adakah saya menduduki kumpulan pelajar atau orang menduduki smp(U) sahaja.selain itu,saya nak thu ketika menghadapi ujian spm(U) boleh berpakaian sekolah dan semasa menduduki ujian spm(U) adakah kita di asingkan atau bercampur dgn pelajar pada bulan november...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..Saya agak kurang faham dengan smp(U) yang anda maksudkan.adakah SPM(umum)? Jika benar, Ujian lisan dilakukan secara perseorangan(dalam pengetahuan saya)jika berubah ia adalah diluar bidang pengetahuan saya setakat ini. maafkan saya. Jika anda mengembil ujian lisan di sekolah, anda adalah digalakkan memakai pakaian rasmi sekolah. Jika anda punyai apa-apa persoalan yang agak serius, diminta bertanya terus dengan pihak pengurusan sekolah tempat anda akan mengambil ujian lisan tersebut.harap membantu.tq

      Padam
    2. Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang (ULKCP) iaitu ujian lisan bahasa melayu bagi calon persendirian, Semasa ujian lisan sedang berlansung topik perbincangan akan diberi atau atas pilihan masing-masing, boleh beri topik yang akan dibincangkan ? .Terima kasih ..

      Padam
    3. Waalaikumsalam..maafkan saya kerana lambat membalas komen ini..topik yang dibincangkan akan diberikan sebelum anda mengambil ujian lisan SPM.tajuk yang akan disoal oleh pemeriksa adalah pilihan pemeriksa berdasarkan tajuk2 yang telah ditetapkan..Usahlah terlalu bimbang kerana tajuk itu semua pasti akan diberikan kepada anda..
      harap dapat membantu

      Padam
  18. salam saya nak bertanye..jika saya gagal dlm ujian lisan adakah sye perlu mgambil semula paper julai..

    BalasPadam
  19. salam cikgu...sy calon spm persendirian untk tahun ni n untk pengetahuan cikgu sy dah tingglkn sek slma 9 thun..sy ingn bertnya apa persedian y perlu sy lakukn untk menghadapi spm thun ni n klu blh sy mohon cikgu dapt membntu sy...sy harap gikgu dapt emel kn sy tip2 or panduan kt emael sy nurul88_atiqah@yahoo.com.my

    BalasPadam