Halaman

PENGALAMAN SAYA


Saya mula berjinak-jinak dalam mengajar orang lain ilmu adalah yang pertama-tamanya, kawan-kawan sekelas dengan saya ketika di sekolah dulu. Kebanyakkan kawan-kawan sekelas saya sering meminta agar saya mengajar mereka jika mereka ketinggalan dalam proses memahami sesuatu pelajaran. Minat yang mendalam dalam mata pelajaran matematik membuatkan saya dan kawan-kawan sering bertukar-tukar idea untuk menyelesaikan masalah soalan matematik. Rata-rata kawan-kawan seperjuangan saya akan meminta saya mengajar mereka untuk memudahkan pemahaman mereka. Saya suka memberi contoh realiti dengan kehidupan kita agar mereka lebih faham tentang konsep sesuatu perkara. Proses pengajaran ini juga saya teruskan ketika saya menuntut di politeknik dan universiti.

Saya juga pernah bekerja selama 2 bulan di salah sebuah pusat tuisyen di kawasan kejiranan saya. Saya mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains darjah 1 hingga darjah 6. Walaupun saya mengajar hanya untuk 2 bulan tetapi pihak pengurusan tempat saya bekerja telah memberi tanggungjawap tersebut kepada saya agar mengajar dengan keikhlasan dan kesungguhan. Hasilnya semakin ramai pelajar yang mendaftar diri untuk mengikuti kelas saya. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan