Halaman

ENGLISH TEACHER


Assalamualaikum w.b.t.

Untuk entry kali ini saya perkenalkan guru bahasa Inggeris di Bestary Tuisyen. Cik Norhaslinda Binti Abu Hasan. Eh! bukan saya, adik saya.
Adik saya adalah pemegang Ijazah Sistem Maklumat(Library) dari Univesiti Teknologi MARA dan kini bekerja sebagai Document Controller di salah sebuah syarikat di Damansara.

Saya memberi kepercayaan yang penuh dalam memberikannya mengajar subjek ini adalah kerana tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih baik dan antara yang terbaik yang pernah saya kenali. Tambahan pula beliau mendapat A1 untuk English subject pada peperiksaan SPM.

Terdorong dengan latar belakang dan pendidikannya, oleh yang demikian Cik Linda adalah guru tuisyen di sini secara separuh masa iaitu pada hujung minggu. Kelas Bahasa Inggeris dengan Cik Linda hanya untuk pelajar tingkatan 1-5 sahaja. Ini kerana Cik Linda telah berpesan dengan saya bahawa beliau hanya ingin pelajar yang benar-benar ingin belajar Bahasa Inggeris kerana kehendak diri pelajar itu sendiri bukan kerana suruhan dari ibu bapa mereka.

Jika anda berminat, boleh comment/ulasan di halaman ini atau email kami di bestarytuisyen@gmail.com atau hubungi saya terus Lina 012-7875481 untuk pertanyaan.

Betapa pentingnya English Education!

BestaryTuisyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan